Friday 1 October 2021

PROGRAM VAKSINASI REMAJA

Assalamualaikum dan selamat pagi.. 

Telah selesai Program Vaksinasi Remaja bagi pelajar SMK Mak Mandin yang melibatkan murid 16 hingga 17 tahun di PPV Kubang Menerong pada 27 September 2021.

Manakala murid Peralihan hingga Tingkatan 1 telah menerima vaksin pada 30 September 2021 di Dewan Millenium Kepala Batas. 

Terima kasih kepada sukarelawan guru yang bertugas iaitu Ustazah Fazlina, Cikgu Tan Soon Seng, Cikgu Nurulhuda, Cikgu Anisa dan Cikgu Harison. 

Terima kasih juga kepada semua guru tingkatan yang memberi kerjasama menyediakan data Mysejahtera para pelajar. 

Kebanyakan murid telah menerima vaksin. Terdapat murid yang belum menerima vaksin adalah kerana masih dalam tempoh kuarantin dan masalah yang tidak dapat dielakkan. 

Murid 16 hingga 17 tahun yang belum menerima vaksin boleh ke pusat PPV secara walk in bagi menerima vaksin. 

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di ambil semasa hari penerimaan vaksin. I8

No comments:

Post a Comment

Sukan Tara 2022

https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ