Monday 9 August 2021

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1443H


Esok 10 Ogos 2021 adalah 1 Muharam 1443H merupakan hari cuti sempena tahun baru Islam. Maka dengan itu esok adalah cuti umum dan pdpr tidak dijalankan.

Selamat menyambut tahun baru bagi semua warga SMK Mak Mandin yang beragama islam. Moga dengan masuknya tahun baru ini kita semua berazam untuk melakukan lebih banyak kebaikan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
 
Tambahan pula wabak Covid-19 yang masih belum berakhir. Kita perlulah sentiasa beringat bahawasanya Allah sahajalah yang akan melindungi kita semua. Buatlah am
alan kebaikan seperti solat, membaca al-quran, tolong menolong dan macam-macam lagi. Ini adalah peringatan untuk admin juga.

Jadi sempena tahun baru ini bolehlah kita sama-sama membaca doa akhir tahun dan awal tahun seperti di bawah.

Doa akhir tahun boleh di baca selepas asar atau sebelum maghrib.



Manakala doa awal tahun pula di baca selepas maghrib.



Sekian terima kasih.







   

 

Sukan Tara 2022

https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ