Wednesday 9 June 2021

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2020



Assalamualaikum semua!
Pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2020 boleh menyemak keputusan SPM mengikut panduan di atas. Walau bagaimanapun keputusan anda. Semoga anda terus berjaya pada masa hadapan.

Sunday 6 June 2021

PDPR DISAMBUNG SELEPAS CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Assalamualaukim dan selamat pagi semua warga SMK Mak Mandin.

Berikut adalah maklumat dari sidang media khas yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan
Dr Radzi Jidin semalam.

Cuti Pertengahan Tahun akan tamat pada 13 Jun 2021 iaitu hari Ahad ini. Dengan itu PDPR akan diteruskan bermula 14 Jun 2021 hingga 16 Julai 2021 selama 25 hari.

Semua pelajar perlu memberikan kerjasama yang baik untuk terlibat dengan sesi PDPR walau dengan apa cara sekalipun. 

Bagi murid yang mempunyai talian internet dan peranti seperti biasa guru akan membuat sesi PDPR melalui Google Classroom, Google Meet, Zoom, Whatapps atau Telegram atau apa-apa aplikasi lain yang sesuai bergantung kepada situasi guru dan pelajar. 

Bagi mereka yang tiada capaian internet maka pelajar boleh mengikuti PDPR melalui Saluran TV Pendidikan. Ini adalah bagi mengelakkan murid dari ketinggalan. Pelajar boleh menonton di saluran TV Okey RTM atau Astro Tutor TV bagi mereka yang mempunyai astro di rumah.

 Selepas 25 hari kita akan Cuti Pertengahan Penggal 2 bermula pada 26 Julai 2021.

Sama ada sekolah akan dibuka atau tidak selepas itu, maklumat akan disampaikan seminggu sebelum sekolah akan dibuka. Ianya bergantung kepada keadaan COVID nanti.

Mohon semua warga SMK Mak Mandin terus selamat.
Sama-sama kita doakan semoga wabak ini akan berakhir.

Aamiin ya rabbal alamain. 



Bagi memudahkan anda melihat maklumat admin masukkan gambar di bawah.


Berikut adalah berkenaan dengan maklumat bagi pelajar SPM 2021.

Sukan Tara 2022

https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ