Thursday 21 October 2021

VAKSIN DOSE 2 PELAJAR TINGKATAN PERALIHAN, 1, 2 DAN 3 DI PPV DEWAN MILLENIUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada 21 Oktober 2021 telah selesai vaksin dos 2 bagi murid Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3 dan sebahagian PPKI.

Murid telah mendapatkan vaksin di pusat PPV Dewan Millenium Kepala batas.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil.

 






 











Monday 18 October 2021

VAKSIN DOSE 2 DI PPV KUBANG MENERONG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini murid tingkatan 4, 5 dan sebilangan murid ting 3 dan PPKI menerima vaksin dose kedua. Berikut adalah gambar yang sempat di ambil hari ini.






















Cuti Maulidul Rasul

Friday 1 October 2021

PROGRAM VAKSINASI REMAJA

Assalamualaikum dan selamat pagi.. 

Telah selesai Program Vaksinasi Remaja bagi pelajar SMK Mak Mandin yang melibatkan murid 16 hingga 17 tahun di PPV Kubang Menerong pada 27 September 2021.

Manakala murid Peralihan hingga Tingkatan 1 telah menerima vaksin pada 30 September 2021 di Dewan Millenium Kepala Batas. 

Terima kasih kepada sukarelawan guru yang bertugas iaitu Ustazah Fazlina, Cikgu Tan Soon Seng, Cikgu Nurulhuda, Cikgu Anisa dan Cikgu Harison. 

Terima kasih juga kepada semua guru tingkatan yang memberi kerjasama menyediakan data Mysejahtera para pelajar. 

Kebanyakan murid telah menerima vaksin. Terdapat murid yang belum menerima vaksin adalah kerana masih dalam tempoh kuarantin dan masalah yang tidak dapat dielakkan. 

Murid 16 hingga 17 tahun yang belum menerima vaksin boleh ke pusat PPV secara walk in bagi menerima vaksin. 

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di ambil semasa hari penerimaan vaksin. I8

Monday 9 August 2021

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1443H


Esok 10 Ogos 2021 adalah 1 Muharam 1443H merupakan hari cuti sempena tahun baru Islam. Maka dengan itu esok adalah cuti umum dan pdpr tidak dijalankan.

Selamat menyambut tahun baru bagi semua warga SMK Mak Mandin yang beragama islam. Moga dengan masuknya tahun baru ini kita semua berazam untuk melakukan lebih banyak kebaikan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
 
Tambahan pula wabak Covid-19 yang masih belum berakhir. Kita perlulah sentiasa beringat bahawasanya Allah sahajalah yang akan melindungi kita semua. Buatlah am
alan kebaikan seperti solat, membaca al-quran, tolong menolong dan macam-macam lagi. Ini adalah peringatan untuk admin juga.

Jadi sempena tahun baru ini bolehlah kita sama-sama membaca doa akhir tahun dan awal tahun seperti di bawah.

Doa akhir tahun boleh di baca selepas asar atau sebelum maghrib.



Manakala doa awal tahun pula di baca selepas maghrib.



Sekian terima kasih.







   

 

Sukan Tara 2022

https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ