Friday 29 January 2016

Latihan Kawad Kebakaran

Pada hari ini diadakan latihan kawad kebakaran yang dianjurkan oleh Unit Keselamatan Sekolah di ketuai oleh Cikgu Aswad. Cikgu Aswad telah mengedarkan Peta Kawad Kebakaran yang menunjukkan laluan yang perlu digunakan oleh pelajar dan guru jika berlaku sebarang kejadian kebakaran. Dengan itu latihan kawad kebakaran di adakan lebih kurang jam 9.45 pagi. Loceng panjang dibunyikan, kemudian semua pelajar bergegas turun dan berkumpul di tapak perhimpunan. Kehadiran diambil oleh guru untuk memastikan semua pelajar ada dan selamat. :)














 Program berjaya kerana pelajar dan guru dapat berkumpul dalam masa yang ditetapkan iaitu lima minit selepas loceng kecemasan dibunyikan.





Wednesday 27 January 2016

Kempen Memberi Salam

Kempen memberi salam ini diadakan untuk menggalakkan pelajar memberi salam, menghormati guru dan rakan-rakan seterusnya mengamalkan budaya tegur-menegur di antara murid dan seluruh warga sekolah.








Tuesday 26 January 2016

Pelancaran Kempen Sekolah Selamat

Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah agar warga sekolah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.

Pihak sekolah membuat taklimat ringkat tentang keselamatan pelajar seperti :
- Keselamatan pergi dan balik sekolah
- Keselamatan di makmal sekolah
- Keselamatan di bangunan atau kawasan sekolah
- Keselamatan di kelas








Sambutan Hari Jadi bulan Januari

Berikut ialah gambar sepanjang Program Sambutan Hari Jadi bagi pelajar dan guru-guru yang lahir pada bulan Januari yang berlangsung di tapak perhimpunan. Program ini diadakan di bawah Unit HEM dan kaunseling. Antara guru-guru yang menyambut hari jadi pada bulan ini ialah En. Goh Chye Hin, Pn. Norhasni Binti Hamid dan Cik Kum Wai Ee. 

"SELAMAT HARI JADI SEMUA"

"SEMOGA SENTIASA SIHAT, CERIA, GEMBIRA DAN MURAH REZEKI"

Cendera hati untuk semua yang menyambut hari jadi

Kek hari jadi bulan ini.

En. Lui menyampaikan cenderahati kepada semua murid dan guru.





Gembiranya Cikgu Goh potong kek.....hihi

Monday 18 January 2016

Program Pemantapan Sahsiah dan Program Ponteng Sifar 2016

Program Pemantapan Sahsiah diadakan bagi membantu pelajar sentiasa ingat apakah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di sekolah agar mereka tidak terlibat dengan gejala yang tidak baik. Kerana pada masa kini banyak kita dengar kes-kes disiplin pelajar yang berlaku seperti kes buli, ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru, merokok, bergaduh, mencuri, vandalisme, mengugut dan sebagainya. Maka pelajar diingatkan supaya berkelakuan baik dan tidak melanggar peraturan di sekolah atau perkara yang merosakkan diri sendiri.

Program Ponteng Sifar pula ialah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Ini adalah agar pelajar tidak akan ketinggalan dalam pelajaran mereka seterusnya meningkatkan keputusan peperiksaan mereka.




Monday 4 January 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2016

Kepada semua pelajar SMK Mak Mandin

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2016"

Semoga anda kembali dengan semangat baru, jiwa baru, usaha baru dan semoga memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang.


Sukan Tara 2022

https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ