Wednesday 30 December 2015

Orientasi Pelajar Baru 2016

Hari ini telah diadakan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2016. Ramai ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah hari ini bagi mengikuti program ini. Ibubapa dan pelajar diberi taklimat berkenaan peraturan sekolah, keperluan murid untuk tahun baru serta menerima buku teks semasa program dijalankan. Pelajar juga diperkenalkan dengan pentadbir, guru-guru dan kelas-kelas mereka serta kemudahan di seluruh kawasan sekolah. Berikut ialah beberapa gambar sepanjang prgram berjalan.































Monday 28 December 2015

Tahinah Kepada Guru-guru Yang Dapat Berpindah

Berikut ialah guru-guru yang dapat berpindah ke negeri lain dan berpindah ke sekolah dalam negeri.

Puan Zaiton - Hari terakhir thumb print di sekolah -- berpindah ke Terengganu

Pn Wan Safa Zurita (kanan) - berpindah ke SMK Seri Muda

Pn Nuraini (kanan) - berpindah ke SMK Semenchu Johor


Pn Megala (tengah) berpindah ke sekolah di bahagian pulau

Cik Ceow Pea Pea menukar bidang perguruan ke bidang lain atas faktor yang tidak dapat dielakkan

Tiada dalam gambar En. Vickneswaran berpindah ke Port Dickson. Semoga cikgu-cikgu ini gembira di tempat baru. Jasa kalian di sekolah ini tidak dapat kami lupakan.

Friday 30 October 2015

Selamat Menjalani Peperiksaan SPM 2015

Kepada semua pelajar tingkatan 5, selamat menjalani peperiksaan SPM yang akan bermula pada minggu depan 2 Nov 2015. 

Semoga kalian dapat menjawab dengan mudah dan tenang. 

Semoga kalian berjaya. Amin..




Tip peperiksaan : 

Sumber https://pembinaterengganu.wordpress.com/tag/persiapan-peperiksaan/


Tuesday 20 October 2015

Persaraan Cikgu Malathy dan Cik Toh Moh Lee

Hari ini di adakan Majlis Persaraan dua orang guru iaitu Cikgu Malathy (Ketua Panitia Geografi) dan Cikgu Toh Moh Lee ( Guru Kanan Bahasa). Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada kedua guru ini kerana telah banyak berjasa kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar. Kami akan merindui kalian berdua. Semoga kedua-dua guru akan sentiasa sihat dan gembira walaupun tidak lagi bersama kami.

"SELAMAT BERSARA CIKGU TOH DAN CIKGU MALATHY"
















Monday 12 October 2015

Selamat Menjalani PT3 2015

Pada hari ini semua pelajar tingkatan 3 akan memulakan kertas PT3. 

Semoga anda semua berjaya!!


Monday 31 August 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 58 ini bertemakan "Sehati Sejiwa" di sambut di tapak perhimpunan sekolah dan di anjurkan oleh Panitia Sejarah, Panitia Sivik dan Panita Pendidikan Moral. 

Di bawah ialah logo kemerdekaan tahun 2015


Berikut ialah beberapa gambar sepanjang sambutan diadakan.

Ucapan ringkas dari Tuan Pengetua

Persembahan sajak kemerdekaan oleh Nur Atikah Majelan

Persembahan Pakaian Tradisional Oleh Pelajar



Laungan "MERDEKA" oleh barisan pentadbir sekolah

Kuiz Kemerdekaan





Pengacara Majlis Pn Khamidatul dan Mohd Helmi dari kelas 4 Gigih






Sukan Tara 2022

https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ