Saturday 17 July 2021

Pengumuman pembukaan sekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua murid SMK Mak Mandin.

Semoga murid berada dalam keadaan ceria, sihat dan selamat. Teruskan patuh pada SOP. Kekal di rumah masing-masing agar kita terus dalam keadaan selamat.

Sekarang kita masih dalam Cuti Pertengahan Penggal 2. 

Berdasarkan pengumuman pihak KPM kita masih perlu menjalankan PdPr selepas tamat cuti sekolah ini.

Maka, pada 26.7.2021 sesi PdPr akan disambung hingga 31 Ogos 2021. 

Seterusnya pada 1 September 2021 sekolah akan dibuka dan murid-murid akan menjalankan PdP secara bersemuka.



No comments:

Post a Comment

Sukan Tara 2022

https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ