Tuesday 23 February 2016

Perlantikan PRS

Hari ini adalah hari Perlantikan PRS atau Pembimbing Rakan Sebaya bagi pelajar SMK Mak Mandin. Apa itu PRS?? Berikut ialah sedikit maklumat tentang PRS yang diambil dari wikipedia.

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah satu program untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.

 Semua Ahli PRS bergambar bersama pentadbir

Pelajar PRS menerima watikah perlantikan dari Tuan Pengetua




Ikrar PRS






No comments:

Post a Comment

Sukan Tara 2022

https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ