Wednesday, 30 December 2015
Orientasi Pelajar Baru 2016
Hari ini telah diadakan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2016. Ramai ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah hari ini bagi mengikuti program ini. Ibubapa dan pelajar diberi taklimat berkenaan peraturan sekolah, keperluan murid untuk tahun baru serta menerima buku teks semasa program dijalankan. Pelajar juga diperkenalkan dengan pentadbir, guru-guru dan kelas-kelas mereka serta kemudahan di seluruh kawasan sekolah. Berikut ialah beberapa gambar sepanjang prgram berjalan.
Monday, 28 December 2015
Tahinah Kepada Guru-guru Yang Dapat Berpindah
Berikut ialah guru-guru yang dapat berpindah ke negeri lain dan berpindah ke sekolah dalam negeri.
Tiada dalam gambar En. Vickneswaran berpindah ke Port Dickson. Semoga cikgu-cikgu ini gembira di tempat baru. Jasa kalian di sekolah ini tidak dapat kami lupakan.
Puan Zaiton - Hari terakhir thumb print di sekolah -- berpindah ke Terengganu |
Pn Wan Safa Zurita (kanan) - berpindah ke SMK Seri Muda |
Pn Nuraini (kanan) - berpindah ke SMK Semenchu Johor |
Pn Megala (tengah) berpindah ke sekolah di bahagian pulau |
Cik Ceow Pea Pea menukar bidang perguruan ke bidang lain atas faktor yang tidak dapat dielakkan |
Tiada dalam gambar En. Vickneswaran berpindah ke Port Dickson. Semoga cikgu-cikgu ini gembira di tempat baru. Jasa kalian di sekolah ini tidak dapat kami lupakan.
Friday, 30 October 2015
Selamat Menjalani Peperiksaan SPM 2015
Kepada semua pelajar tingkatan 5, selamat menjalani peperiksaan SPM yang akan bermula pada minggu depan 2 Nov 2015.
Semoga kalian dapat menjawab dengan mudah dan tenang.
Semoga kalian berjaya. Amin..
Tip peperiksaan :
Sumber https://pembinaterengganu.wordpress.com/tag/persiapan-peperiksaan/
Tuesday, 20 October 2015
Persaraan Cikgu Malathy dan Cik Toh Moh Lee
Hari ini di adakan Majlis Persaraan dua orang guru iaitu Cikgu Malathy (Ketua Panitia Geografi) dan Cikgu Toh Moh Lee ( Guru Kanan Bahasa). Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada kedua guru ini kerana telah banyak berjasa kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar. Kami akan merindui kalian berdua. Semoga kedua-dua guru akan sentiasa sihat dan gembira walaupun tidak lagi bersama kami.
"SELAMAT BERSARA CIKGU TOH DAN CIKGU MALATHY"
Monday, 12 October 2015
Monday, 31 August 2015
Sambutan Hari Kemerdekaan 2015
Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 58 ini bertemakan "Sehati Sejiwa" di sambut di tapak perhimpunan sekolah dan di anjurkan oleh Panitia Sejarah, Panitia Sivik dan Panita Pendidikan Moral.
Di bawah ialah logo kemerdekaan tahun 2015
Berikut ialah beberapa gambar sepanjang sambutan diadakan.
Ucapan ringkas dari Tuan Pengetua
Persembahan sajak kemerdekaan oleh Nur Atikah Majelan
Persembahan Pakaian Tradisional Oleh Pelajar
Laungan "MERDEKA" oleh barisan pentadbir sekolah
Kuiz Kemerdekaan
Pengacara Majlis Pn Khamidatul dan Mohd Helmi dari kelas 4 Gigih
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sukan Tara 2022
https://youtu.be/hr8TA2MC2OQ
-
Tapak sekolah ini dahulunya merupakan kawasan paya nipah. Bila air laut pasang kawasan ini akan dipenuhi air. Pihak kerajaan telah membangu...
-
VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejatera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan ...